Tuesday, December 15, 2009

SEJARAH NOMBOR

.:::::. SEJARAH NOMBOR .:::::.

Sejarah

Nombor

Angka

Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor dipanggil angka. Dalam penggunaan biasa, angka sering digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor bersiri), dan kod (ISBN). Dalam bidang matematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi keabstrakan seperti pecahan, nisbah, serta nombor-nombor negatif, transenden, dan kompleks.

Operasi-operasi aritmetik untuk nombor, seperti kira-kira campur, kira-kira tolak, pendaraban dan pembahagian, dibuat lebih umum dalam cabang matematik yang dikenali sebagai algebra niskala. Algebra niskala ialah kajian tentang sistem-sistem nombor abstrak, sepertikumpulan, gelanggang dan medan.

Nombor-nombor harus dibezakan daripada angka yang merupakan simbol untuk mewakili nombor. Nombor 'lima' boleh diwakili dengan kedua-dua angka asas sepuluh, iaitu 5, atau angka Roman, V. Notasi-notasi yang digunakan untuk mewakili nombor dibincangkan dalam rencana sistem angka yang berasingkan. Satu perkembangan yang penting dalam sejarah angka ialah perkembangan satu sistem tempat dan serupa dengan sistem perpuluhan moden, dapat mewakili nombor-nombor yang amat besar. Sebaliknya, angka-angka Roman memerlukan simbol-simbol tambahan untuk mewakili nombor-nombor yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment